Sunday, April 8, 2012

Janji temu bersama Mickey di Hong Kong


PENGALAMAN menyaksikan persembahan bunga api Disney In The Stars Firework yang berlangsung di Istana Sleeping Beauty merupakan saat indah kepada penulis.


CUACA cukup indah kala melangkah ke kota keriangan Hong Kong Disneyland Resort yang terletak di Hong Kong, baru-baru ini.

Seperti berada di dalam filem animasi Disney dengan bangunan berupa istana Eropah lama berlatarbelakangkan langit yang biru menyambut kedatangan penulis, terik mentari tidak terasa tambahan disapa angin nyaman saki-baki musim sejuk yang baru saja berlalu.

Gemuruh jantung makin rancak tatkala melihat dua karakter utama Disney, Mickey Mouse dan Minnie Mouse melambai kepada pengunjung yang berkumpul di luar pagar sebelum mereka dibenarkan masuk tepat pukul 10 pagi.

Umpama lupa usia sebenar yang bukan kanak-kanak lagi, penulis dan rakan-rakan media iaitu Mazlina Abdul Majid, Yusmawati Mohd. Yusof dan Zurina Hamzah terus mengambil kesempatan bergambar dengan dua ikon terkenal dunia itu sebelum menyusuri Main Street USA yang penuh dengan deretan kedai dan restoran comel serta unik senibinanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: