
Ekspedisi Program Jejak Inovasi (PJI) Sabah yang diadakan tahun lepas sepatutnya dijadikan panduan kepada program Karnival Sains dan Inovasi di enam Zon yang dirancang sempena Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) pada tahun ini.
Kunjungan ke beberapa daerah pedalaman Sabah seperti Tambunan dan Keningau ternyata tidak mengecewakan apabila berjaya menjejak pelbagai inovasi yang dimanfaatkan oleh penduduk kampung.
Ekspedisi pada 17 hingga 19 Julai tahun lalu menerusi PJI Siri II itu turut melibatkan Kampung Libang Ulu berjaya mengesan produk inovasi Taufik Siadam.
Meskipun tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, Taufik mengambil inisiatif menghasilkan Pais atau pisau tradisional di Sabah daripada besi buruk dan komponen kenderaan terpakai untuk memenuhi keperluan dan permintaan penduduk setempat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: