Saturday, April 7, 2012

BMW i8 Concept Spyder


WAJAH futuristik produk ketiga daripada pihak BMW i.


BMW i baru-baru ini memperkenalkan model i8 Concept Spyder yang merupakan penampilan ketiga daripada subjenama BMW itu selepas model i3 Concept dan i8 Concept.

i8 Concept Spyder menyatakan visi masa depan menerusi kepintaran, material canggih dan teknik binaan inovatif. Semua aspek itu digabung untuk menghasilkan sebuah roadster berprestasi tinggi dan mesra alam. Malah, jentera itu memiliki prestasi sebuah kereta sport dengan penggunaan bahan api seperti kereta bandar.

Walaupun hampir sama dengan model i8 Concept, i8 Concept Spyder hanya mempunyai dua tempat duduk, tapak roda lebih pendek dan pintu tanpa tingkap. Ia juga menampilkan intrepretasi segar rekaan dalaman i8, selain beberapa peralatan elektronik tambahan.

Mengaplikasikan konsep LifeDrive, jentera itu menggunakan bateri lithium ion yang dipasang pada 'aliran kuasa' yang disambung pada gandar roda hadapan dan belakang kenderaan. Ciri itu sekali gus membolehkan i8 Concept Spyder memperoleh titik graviti yang rendah dan pengagihan berat 50:50.

BMW i diasas berpaksikan kepada prinsip menggalakkan kreativiti reka bentuk, solusi dan aspek kelestarian. Subjenama yang telah mempamerkan dua buah jentera sebelum ini, (i3 Concept dan i8 Concept) itu memberi petunjuk jelas bahawa BMW akan tampil dengan jenama keempat menjelang tahun 2013.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: