
Kereta Transition hanya menggunakan minyak yang biasa digunakan kenderaan lain selain diharapkan ia mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.
BARU-BARU ini dunia dikejutkan dengan kehadiran kereta terbang pertama seumpamanya yang akhirnya boleh dipasarkan untuk kegunaan umum. Kereta terbang berkenaan yang diberi nama Transition, dikeluarkan oleh syarikat Terrafugia Inc. yang berpusat di Massachusetts.
Syarikat tersebut ditubuhkan pada 2006 oleh sekumpulan bekas pelajar di Jabatan Aeronautics dan Astronautics, Institut Teknologi Massachusetts dengan diketuai oleh Dr. Carl Dietrich.
Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat supaya ia boleh dipandu seperti sebuah kereta. Prototaip kereta terbang itu berjaya menamatkan penerbangan sulung pada hujung bulan lepas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: