Wednesday, January 19, 2011

Tiada niat jual tubuh

MIERA...matang daripada usia sebenar.
MIERA...matang daripada usia sebenar.

SEKALIPUN tidak banyak gosip menghambat diri, sesekali menerjah, ia cukup mendalam. Entah apa sebabnya, Miera dikatakan sudah pandai ‘demand’. Namun, tatkala pertanyaan itu dilontarkan padanya, Miera terkejut dan dengan tegas menafikannya.

Tanya dia, bila masa pula dia bersikap ‘demand’ dengan pihak produksi?
Katanya, perkara itu tidak pernah berlaku dan ia boleh dirujuk pada produksi yang pernah bekerjasama dengannya. Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar.

  • Foto

    BERPIJAK DI BUMI NYATA...Miera tak anggap penampilannya terlalu ‘seksi’.

  • Foto

    APOKALIPS...filem aksi pertama lakonan Miera, arahan Mamat Khalid.

“Bagi orang yang pernah kerja dan kenal saya, mereka tahu siapa Miera Leyana.

“Saya seorang yang ringkas bergaya, berfikiran terbuka, profesional dan selamba. Setahu saya, selama bergelar pelakon belum pernah saya membuat perkara buruk de�ngan pihak produksi.“Kerjasama yang baik tetap saya utamakan, lebih-lebih lagi karier ini di bawah pengurusan sendiri. Kalau saya tidak bijak mengawal keadaan atau berbuat perkara salah, takkan hingga kini masih menerima tawaran berlakon. Ini semua adalah gosip liar semata-mata.


“Saya tak marah cuma jadikannya teladan dan berhati-hati selalu. Tidak semua orang akan memberi sokongan atau menjadi peminat saya. Apapun, ini resam kehidupan seorang artis. Saya harus terima dengan hati terbuka,” katanya.

Menurut Miera, selagi perkara itu tidak mengaibkan keluarganya, ia bukan perkara mematahkan semangatnya untuk terus maju. Lagipun, semua rezeki ketentuan Tuhan. Sebagai manusia biasa saya reda dengan ujian yang datang.

Katanya, dia bersyukur pada usia remaja sudah bijak berfikir secara matang. Apatah lagi, Miera sudah diberi peluang melakonkan watak mencabar dan dia juga seorang daripada pelakon filem Apokalips sebagai Qiqi.


PROFIL

NAMA: Miera Leyana Kasmi
PANGGILAN KOMERSIAL: Miera Leyana
TARIKH LAHIR: 28 Ogos 1993
USIA: 18 tahun
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KARIER: Pelakon dan model
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Membeli-belah, berenang dan menari
CITA-CITA: Ahli perniagaan
DRAMA: Antaranya Luna Fantasiku, Ceria- Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Apa Itu Cinta, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun dan Nana Naruto
FILEM: Apokalips (arahan Mamat Khalid)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: