
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Boukendoul Lyazid berkata, melalui laman web tersebut pelanggan boleh melakukan urusan penempahan bilik hotel dan pakej pelancongan secara dalam talian.
“Selain urusan tempahan menjadi lebih mudah, kami juga menyediakan panduan dan tips pelancongan berguna kepada mereka yang ingin bercuti di dalam negara.
“Kami juga bekerjasama dengan lebih 300 hotel di seluruh Malaysia bagi memastikan pelanggan mendapatkan kadar terhebat dan promosi terkini,” katanya selepas pra-pelancaran room2u.com, semalam.
Turut hadir, Pengurus Jualan dan Pemasaran, Jesslyn Chan dan Pembantu Pengurus Kewangan, Kathy Arbi.
Menurutnya, pelanggan yang melakukan tempahan menggunakan kad LinkClub akan mendapat ganjaran melalui tawaran daripada hotel yang mengambil bahagian.
“Setakat ini kita mempunyai 80,000 ahli kad LinkClub dan dijangka meningkat 30 hingga 40 peratus dengan pelancaran room2u.com.
“Kami akan terus meneroka kerjasama dengan hotel-hotel bagi menyediakan perkhidmatan terbaik di dalam industri pelancongan ini,” katanya.
Bilik hotel boleh ditempah dengan kadar serendah RM0.99 untuk satu malam di room2u.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: