Saturday, January 1, 2011

TBS-BTS beroperasi hari ini


TBS-BTS bernilai RM570 juta di Bandar Tasik Selatan akan memulakan operasinya hari ini.


KUALA LUMPUR - Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) akan beroperasi pada hari ini seperti yang dijadualkan.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, keputusan itu diambil selepas kata sepakat dibuat semalam.

"Kerajaan bersetuju untuk membenarkan syarikat TBS-BTS menjalankan operasi bas seperti yang dijadualkan tanpa ada pelancaran rasmi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelasnya, TBS-BTS akan memberi keutamaan kepada pengguna-pengguna yang ingin ke selatan, manakala pengguna destinasi ke utara pula boleh membuat pilihan sama ada menggunakan perkhidmatan di TBS-BTS atau di terminal bas sementara Bukit Jalil.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: