Wednesday, January 12, 2011

Seo In Young obses kasut tinggi


IN YOUNG sudah terbiasa memakai kasut tumit tinggi dan memakai kasut bertapak tinggi sehingga mencecah 30 sentimeter bukan suatu masalah buat dirinya.


PENYANYI terkenal Korea, Seo In Young yang dikenali dengan kegilaannya terhadap kasut tumit tinggi mendedahkan dia memiliki kasut setinggi 30 sentimeter ketika dia muncul dalam episod kelapan program Quiz to Change the World baru-baru ini. Malah, kasut itu turut dibawanya ke situ.

Apabila pengacara program itu menyoal adakah benar dia turut memakai kasut dengan tapak yang tinggi di rumah, In Young menganggukkan kepalanya dan berkata: "Saya pakai kasut tinggi ketika memilih pakaian pada waktu pagi. Kasut paling tinggi pernah saya miliki adalah setinggi 30 sentimeter yang dibuat khas."


INILAH kasut dengan tapaknya mencecah ketinggian 30 sentimeter yang digunakan In Young di kediamannya.


Pengacara tersebut yang cuba berjalan menggunakan kasut itu bagaimanapun gagal melakukan sebagaimana In Young yang membuktikan bahawa dia sudah terlalu biasa memakai kasut tumit tinggi.

"Saya suka kasut. Ia umpama anak kesayangan saya yang dijaga penuh cermat dan kasih sayang," katanya sambil diiringi hilai tawa penonton.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: