
Menurutnya, perbankan Islam menguasai 20 peratus daripada pasaran perbankan negara berbanding perbankan konvensional.
“Daripada 20 peratus itu, ada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Namun, di Bank Muamalat lebih 50 peratus bukan Bumiputera mengguna pembiayaan Islam kami.
“Manakala, dari segi deposit dan sewa pula, hanya 10 sehingga 15 peratus bukan Bumiputera menggunakan Bank Muamalat,” katanya ketika sesi eksklusif bersama Bank Muamalat dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) di Kuala Lumpur, semalam.
Mohd Redza berkata, perbankan Islam di negara ini sudah dikenali di persada antarabangsa dan boleh menyaingi perbankan konvensional dari segi produk dan harga.
Menurutnya, Bank Muamalat akan terus mengembangkan konsep perbankan Islam dengan lebih baik.
Selain itu, mereka akan membuka enam lagi cawangan di seluruh negara pada tahun ini.
“Setakat ini kami mempunyai 56 cawangan di seluruh negara, termasuklah satu cawangan di Sabah dan tiga cawangan di Sarawak.
“Dalam tahun ini, kami akan menambah dua cawangan lagi di Sabah dan empat lagi di Kelantan, Terengganu dan sekitar Lembah Klang,” katanya.
Bank Muamalat memperuntukkan sehingga RM1.5 juta bagi setiap cawangan yang akan dibuka tahun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: