SI JELITA MERAH JAMBU...Rumer dalam satu daripada gayanya memperagakan fesyen jenama Badgley and Mischka.
ANAK sulung Bruce Willis - Demi Moore, Rumer Willis, memulakan kerjayanya sebagai model dengan langkah kanan.
Dalam kemunculan pertamanya sebagai model, Rumer diberi tanggungjawab mempromosikan fesyen berjenama Badgley and Mischka yang terkenal di Amerika Syarikat.
Mengikuti jejak langkah selebriti lain - termasuk Eva Longoria, Carrie Underwood dan pasa�ngan kembar Ashley serta Mary-Kate Olsen, Rumer, 22, kelihatan tidak canggung langsung di depan kamera.
Melihat kepada latar belakang dan aura yang ada padanya, tidak hairanlah jika dia bersahaja apabila menjadi tumpuan lensa jurugambar.Sesi penggambaran di pantai Malibu, California itu menampilkan Ru�mer mengenakan pakai�an petang bersama hiasan barang kemas serta kasut terpilih.
Beraksi dalam beberapa gaya romantik, jurugambar pilihan Badgley and Mischka bagi sesi itu adalah Tony Duran.
Dengan pengalamannya yang banyak, kerjasama di antara Duran dan Rumer memang cepat serasi se�hingga menghasilkan gambar yang amat menarik.
Melalui gambar itu, Rumer diperlihatkan penuh kelembutan dan feminin.
Kata Rumber, bergambar secara santai di pinggir pantai memang satu pengalaman sangat menyeronokkan.
“Bermain-main di pantai dengan pakaian mempesona menjadikan saya seperti seorang puteri,” katanya.
Menurut Rumer, dia sa�ngat berbesar hati apabila terpilih mempromosi label Badgley and Mischka.
Katanya, menjayakan promosi fesyen berjenama terkenal itu adalah peluang keemasan untuknya melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan.
Sementara itu, tulang belakang di sebalik penghasilan pakaian Badgley and Mischka ternyata amat gembira dengan pemilihan Rumer sebagai model.
Kata pereka fesyen di situ, Rumer adalah pilihan tepat untuk mempromosi fesyen terbaru Badgley and Mischka kali ini.
“Dia seorang yang periang, muda dan moden - sesuai dengan sema�ngat dibawa koleksi musim bunga Badgley and Mischka,” katanya.
Mengakui kagum terhadap Rumer sejak lama dulu, beberapa pereka fesyen Badgley and Mischka berkata, anak Willis - Demi itu juga mampu menzahirkan tema koleksi terkini syarikat itu.
Selain menjadi model, Rumer pernah muncul dalam beberapa filem, termasuk The House Bunny dan Sorority Row, selain siri televisyen CSI: NY dan The Secret Life of the American Teenager.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: