Monday, January 17, 2011

Doakan kebahagiaan kami

TAMBAH SERI...pengantin bersama keluarga dan rakan-rakan.
TAMBAH SERI...pengantin bersama keluarga dan rakan-rakan.

KESERASIAN dua hati menemukan jodoh Rabecca Nur Al Islam Ahmad, 25 dengan lelaki pujaan hatinya, Nor Azam Datuk Sulaiman, 43. Pasangan itu selamat diijabkabulkan di kediaman baru pelakon jelita itu di Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang, Jumaat lalu.

Tidak mahu dugaan terus melanda diri, pasangan itu hanya sempat mengikat tali pertunangan tidak sampai sejam sebelum mereka diijabkabulkan. Sebagai simbolik kepada majlis pertunangan itu, ibu Azam me�nyarungkan gelang tangan emas ke tangan Rabecca.

  • Foto

    BAHAGIA...Nor Azam dan Rabecca di majlis resepsi mereka di Hotel Flamingo, Ampang.

  • Foto

    RAI...antara rakan yang hadir.

  • Foto

    CANTIK...Rabecca bertunang kurang sejam.

  • Foto

    POTONG...Nor Azam memberikan mas kahwin RM333.33 kepada Rabecca.

Menurut Rabecca yang berseri mengenakan persalinan rona putih sentuhan pereka terkenal, Calvin Thoo, mereka sengaja tidak mahu bertunang lama kerana takut mengundang dugaan lebih besar jika melambatkan tarikh pernikahan.

“Jika kami bertunang terlebih dulu, mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan pula untuk mencari tarikh yang sesuai bagi mengadakan majlis pernikahan, kenduri dan persandingan.“Oleh itu bagi menyegerakan perkara yang baik ini, keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan acara pertunangan pada hari pernikahan saya dan Azam.


“Selain itu juga, memudahkan keluarga dan sanak saudara kami berkumpul. Saya dan Azam mempunyai keluarga yang besar, jadi dengan mengadakan dua acara dalam satu majlis, me�nyenangkan kedua-dua pihak,” katanya.

Pada majlis pernikahan itu, Rabecca menerima mas kahwin sebanyak RM333.33 dan 13 dulang hantaran yang antara�nya termasuklah pewangi, beg tangan, kasut, manisan dan buah-buahan.

Rabecca pula membalas 15 dulang hantaran yang berupa kemeja, pewangi, kasut, manisan dan buah-buahan.

Bagaimanapun pelakon jelita yang berasal dari Johor Bharu (JB) itu merahsiakan wang hantarannya. Mengenai angka 3 dalam pemberian mas kahwinnya itu, jelas Rabecca, ia adalah angka kesukaan Azam.

Menyentuh mengenai perancangannya selepas bergelar isteri, jelas Rabecca dia akan meneruskan kerjaya seninya namun pada setiap tawaran yang datang dia perlu meneliti skrip dan watak terlebih dulu.

“Selepas bergelar isteri, saya perlu berhati-hati memilih watak. Meskipun Azam tidak menghalang saya meneruskan kerjaya lakonan tetapi saya kenalah bijak menyeimbangkan tanggungjawab saya sebagai anak seni, isteri dan ibu,” katanya.

Rabecca mempunyai seorang anak angkat, Nur Adam Daniel manakala Azam pula duda
anak dua.

Kata Rabecca, dia tidak boleh melupakan terus bidang seni kerana ia sudah sebati dengan dirinya kerana dia mula bergelar pelakon sejak remaja lagi.

“Azam seorang yang sangat memahami dan saya terpikat dengannya pada pandangan pertama kerana sifat kebapaan yang ada pada dirinya.

“Saya suka melihat caranya melayan dua anaknya penuh dengan kasih sayang dan suka memanjakan mereka.

“Keserasian paling ketara dalam diri kami ialah kami sukakan kanak-kanak. Saya sendiri sanggup mengambil anak angkat dan tidak kisah untuk menambah ahli keluarga baru dalam masa terdekat ini.

“Namun begitu, jika Azam seorang yang lembut melayan anak-anak, saya pula seorang yang tegas. Ketegasan itu bukan apa, saya mahu mereka membesar menjadi anak yang baik, menghormati orang lain dan berdisiplin.

“Selepas ini kami lima beranak akan menetap di rumah ini (Sering Ukay). Alhamdulillah, dua anak tiri saya dapat menerima saya dengan baik dan mereka juga dapat menerima Adam seperti adik mereka sendiri.

“Sejak awal lagi saya tahu Azam mempunyai dua anak. Apabila saya mengambil keputusan untuk berkongsi hidup dengannya, maka saya perlu rela berkongsi segala perkara dengannya.

“Saya memang tiada masalah menerima dua anaknya dalam hidup saya kerana saya memang sukakan kanak-kanak. “Oleh kerana mereka sudah besar, saya juga melayan seperti kawan saya. Doakan kebahagiaan kami sekeluarga dan semoga Allah panjangkan jodoh kami sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Walaupun pertunangan dan pernikahan diadakan hari sama, menariknya, majlis persandingan berlangsung dua hari di Hotel Flamingo, Ampang pada Sabtu dan Menara Kuala Lumpur (Ahad).

Kata Rebecca, dia dan suami sangat mengutamakan keluarga di mana mereka juga mempu�nyai keluarga yang besar. Jadi, mereka mahu meraikan semua yang hadir dalam suasana serba selesa.

“Selain meraikan hari berbahagia kami, majlis kenduri dan persandingan ini juga sebagai hari perhimpunan keluarga. Bukan senang dapat berkumpul beramai-ramai seperti ini.

“Semua kaum keluarga dan sanak saudara Azam dari Kuching, Sarawak datang ke Kuala Lumpur. Sanak saudara saya dari JB juga turun beramai-ramai bagi menyaksikan pernikahan dan persandingan kami. Jadi biarlah majlis yang diadakan ini meninggalkan memori yang indah untuk mereka semua.

“Majlis resepsi di Hotel Flamingo mengumpulkan semua sanak saudara dari kedua-dua belah keluarga manakala di Menara Kuala Lumpur pula khusus untuk mereka yang rapat dan banyak membantu saya selama ini,” katanya.

Tema persandingan di Hotel Flamingo berkonsepkan tradisional Melayu di mana pasangan pengantin menggayakan busana rekaan Jovian Mandagie. Manakala majlis di Menara Kuala Lumpur pula lebih santai dan relaks bertemakan Inggeris.

Azam yang lebih banyak mendengar isteri tercinta berbicara berkata, dia tidak bercadang untuk menyekat minat Rabecca dalam bidang seni kerana ketika dia mengenali isterinya itu, dia sudah berlakon.

“Saya yakin pada usia 25 tahun, Rabecca sudah cukup matang untuk memilih apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarga yang baru dibinanya ini.

“Pun begitu, saya lebih suka menyokongnya dari belakang dan mungkin akan muncul bersamanya pada ketika tertentu saja,” katanya.

Pasangan raja sehari itu akan berbulan madu di Kota London dan Paris, selama dua minggu, pada 14 Februari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: