Thursday, January 27, 2011

Perkaitan buah dan arnab


SELEPAS menjalani cabaran tahun harimau, tahun arnab juga dipercayai membawa pelbagai pengertian dan kelebihan buat kaum Cina pada perayaan kali ini. - Gambar hiasan


BEBERAPA hari lagi, masyarakat Tionghua akan meraikan Tahun Baru Cina dengan semangat Tahun Arnab mengikut kalendar lunar Cina.

Menurut pakar feng shui dari Good Feng Shui Geomantic Centre, Kenny Hoo, arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu. Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan, kemakmuran dan kesihatan.

Tiga elemen berkenaan, kata Kenny, mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan sayur-sayuran juga segala jenis buah-buahan.

“Justeru, gantikan buluh atau hadiah yang lain dengan elemen tersebut. Anda juga digalak memakan lebih banyak buah-buahan selain membela arnab,” kata Kenny.

Mengambil saranan daripada syor feng shui berkenaan, MBG Fruitshop dan syarikat Petsmore berkolaborasi dengan mengadakan kempen yang diberi nama Happy Hoppy Day Campaign.

Kempen itu antara lain kata Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee, adalah untuk mengajak rakyat Malaysia supaya sentiasa bergembira, bertenaga dan ‘melompat’ aktif seperti arnab.

Pada masa sama, kempen turut menggalakkan orang ramai memakan lebih banyak buah-buahan. Tujuannya, adalah untuk menjamin kesihatan melalui keseimbangan emosi, spiritual dan mental yang baik.

Istimewanya sempena kempen Happy Hoppy Day Campaign yang telah dimulakan pada 18 Januari lalu hingga 28 Februari nanti, kedua-dua syarikat tersebut akan mengadakan promosi besar-besaran untuk para pelanggan.


SELAIN memeriahkan sambutan dengan hiasan tertentu, pakar feng shui turut menggalakkan para teruna dan dara berkahwin sempena tahun arnab. - Gambar hiasan


Jika anda mengunjungi gedung runcit MBG, anda akan menerima angpau MBG yang mengandungi baucar tunai RM5 dan kalendar poket arnab yang comel.

Sekiranya transaksi belian dilakukan atas talian, pelanggan akan dihadiahi baucar sebanyak RM5.

Kepada mereka yang ke Petsmore pula, anda bakal mendapat angpau yang mengandungi kalendar poket dan baucar RM10 untuk membeli arnab. Selain itu, baucar tunai RM5 untuk membeli produk Petsmore yang lain.

Hadiah lain ialah baucar tunai RM3 yang boleh digunakan untuk pembelian produk bernilai RM15.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mbg.com.my atau telefon 1800 225 562 atau layari laman web Petsmore di alamat www.petsmore.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: