Friday, January 28, 2011

Nila tolak foto tidak senonoh




Interpretasi pertama yang singgah pada pandangan wanita ini ialah manja, lembut, seksi, dan menggoda. Gambaran tersebut lahir daripada imaginasi menerusi penampilan yang dirakamkan lensa kamera dan bicaranya yang lemah-lembut.

Mengenali wanita berwajah ala baby doll, Nur Hazslina Jalil atau lebih mesra dengan panggilan Nila Anilszah bukanlah seperti yang digambarkan.

Baru berjinak-jinak sebagai model dan pelakon, bekas pelajar Perniagaan Teknologi Kolej Politek Mara ini menolak sekiranya ada jurugambar yang memintanya bergambar dengan aksi tidak senonoh.

Berusia 24 tahun, Nila sebenarnya seorang yang tegas.

Pernah dipujuk oleh jurugambar untuk bergambar tidak senonoh, dia dengan tegas menolak ajakan tersebut.

"Jika saya kata tidak, tidaklah jawapannya. Bukan itu caranya mahu menjadi seorang yang terkenal walaupun saya masih muda dan baru. Walaupun ibu bapa saya memberi sokongan saya terlibat dalam dunia model dan lakonan, itu bukan lesen untuk saya melakukan sesuatu di luar batasan," ujarnya.

Minat dalam bidang fotografi, Nila mahu mengembangkan bakatnya sebagai pengacara dan pelakon

Justeru itu, anak kelahiran Johor ini memastikan penampilan dan penjagaan dirinya terurus.

Setiap hari, Nila akan membasuh wajah lima kali sehari dengan produk yang sesuai dengan kulitnya. Selain solekan, Nila akan mengenakan pakaian yang sesuai dengan majlis yang dihadiri.

Di sebalik kelincahan Nila beraksi di hadapan kamera, dia sebenarnya menghidap asma.

Jika wanita lain ditemani beg berisi alat solek, Nila pula bertemankan ubat sebagai persediaan jika diserang asma di lokasi fotografi atau penggambaran.

Namun, ia tidak menjadi halangan untuk mencapai cita-cita sebagai model dan artis yang berilmu dan berjaya.

2 comments:

Tinggalkan Komen Anda Sini: