PETALING JAYA:Abd. Radzak Salleh, 61, bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, 24, akan mengundang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan sebagai tetamu kehormat sempena majlis resepsi sebelah lelaki perkahwinan anaknya dengan pelakon Ayu Raudhah, pada 30 Januari ini.
Selain itu Abd. Radzak juga akan turut menjemput jurulatih bola sepak kebangsaan K.Rajagopal menyerikan majlis berkenaan yang akan diadakan di Kompleks Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan itu.
"Selain dua tetamu istimewa itu, Zaquan juga ada mengundang rakan-rakan sepasukannya bagi meraikan hari bahagia perkahwinan berkenaan," ujarnyaketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Pasangan selebriti Zaquan Adha dan Ayu Raudhah akan diijabkabulkan pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.
Zaquan Adha merupakan kembar kepada Aidil Zafuan yang juga berkahwin dengan dramatis Rita Rudaini Mokhtar.
Ditanya adakah Rita Rudaini yang pernah mempunyai konflik dengan keluarganya sebelum ini turut di undang ke majlis tersebut, Abdul Radzak berkata dia menjemput kesemua ahli keluarga tersebut termasuklah menantunya itu.
"Ini merupakan majlis keluarga sudah tentu saya berharap semua ahli keluarga akan hadir ke majlis bahagia itu termasuklah Rita Rudaini,” katanya.
Menurutnya lagi, sebagai orang tua dia berharap anak-anaknya bahagia dengan pilihan pasangan hidup masing-masing.
"Artis atau bukan pada saya sama sahaja. Itu adalah jodoh mereka. Sebagai bapa saya hanya merestui dan berdoa agar mereka bahagia," katanya.
wakakakak welkam to keluarga porak peranda. hehehehe make sure nuptial agreement dah buat. kang kena tinggai kang
ReplyDelete