|
|
BATU PAHAT – Seorang juruelektrik sebuah syarikat kontraktor di sini menggigil ketakutan apabila ternampak sepasang kaki manusia dari bumbung sebuah rumah teres setingkat yang cuba dibaikinya di Bukit Pasir di sini kelmarin.
Juruelektrik itu menemui mayat Tan Seng Boon, 50-an, pada pukul 8.30 malam selepas dia menebuk lubang siling rumah Kamaruzaman Sahlan, 40, dan Santi Jumingan, 27, yang mengadu terputus bekalan elektrik.
Kamaruzaman, 40, berkata, lelaki itu mungkin telah mati kira-kira dua hari lalu dipercayai terkena renjatan elektrik di atas siling rumah disewanya.
Sebelum menemui mayat mangsaah, bekalan elektrik di rumah Kamaruzaman terputus bermula pada pukul 6 petang kelmarin.
“Saya menghubungi TNB (Tenaga Nasional Berhad) yang kemudian menghantar seorang juruelektrik ke rumah saya pada pukul 7 malam.
“Selepas melakukan pemeriksaan, juruelektrik itu memaklumkan masalah bekalan elektrik dipercayai berpunca daripada pendawaian dalam rumah menyebabkan saya perlu mencari juruelektrik lain bagi membaiki kerosakan itu,” katanya yang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah premis pakaian terpakai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: