KOTA BHARU – Tujuh buah sekolah iaitu enam sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah menengah di negeri ini ditutup bermula semalam akibat banjir.
Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Rantau Panjang (1), SK Rantau Panjang, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kay Boon, dan SK Lubok Stol di Rantau Panjang.
Beliau berkata, dua buah sekolah di daerah Tumpat iaitu SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan turut ditutup selepas dinaiki air.
“Semua sekolah ini ditutup kerana air masih banyak dan kena tunggu esok untuk sama ada boleh dibuka atau tidak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: