MALAYSIA Airports mengendalikan 34.3 juta penumpang tahun 2010 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), peningkatan 14.8 peratus daripada 29.1 juta penumpang dicatatkan pada 2009.
Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasinya, Datuk Azmi Murad berkata, pertumbuhan itu hampir berganda daripada apa yang dijangkakan pengendali lapangan terbang itu untuk tahun ini.
“Kami melihat peningkatan daripada segi kekerapan syarikat penerbangan yang beroperasi ke KLIA, terutama dari Timur Tengah,” katanya selepas menerima pesawat baru Boeing 737-800 Garuda Indonesia untuk operasinya ke KLIA.
Azmi berkata, Emirates, Qatar Airways dan Etihad Airways meningkatkan kekerapan mereka ke Malaysia sepanjang tahun lalu.
Pada masa sama, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X turut menyumbang kepada pertumbuhan yang kukuh.
“AirAsia X menghubungkan penumpang dari Australia ke Terminal Penerbangan Tambang Murah sebelum memindahkan mereka ke Eropah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: