Wednesday, January 19, 2011

Ayu belum rasa debaran



Walaupun hanya tinggal dua hari lagi untuk bergelar raja sehari Pelakon, Ayu Raudhah Che Wan mengakui masih belum merasai debaran biasanya dirasai bakal pengantin.

Ayu, 27, yang akan mendirikan rumah tangga bersama Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Zaquan Adha, 24, Jumaat ini berkata, dia sibuk membuat persiapan sehingga terlupa akan bernikah tidak lama lagi.

“Jangan terkejut kerana Ayu masih berada di Kuala Lumpur dan akan pulang ke Kedah malam ini (semalam). Mungkin apabila sudah sampai di Kedah baru Ayu rasa debarannya.

“Ayu sibuk mencuba baju dan memastikan segalanya selesai di sini sebelum pulang ke Kedah,” katanya.

Ditanya mengenai wang hantarannya, Ayu lebih selesa merahsiakan jumlah itu.

“Kalau boleh, saya tidak mahu bercerita mengenai jumlah wang hantaran. Biarlah ia jadi rahsia antara kami,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai tema perkahwinan dan dulang hantaran, Ayu berkata, hantarannya akan dibuat Perunding Terkenal, Man Kajang.

“Kami sepakat menyerahkan perkara itu kepada Man Kajang. Pihak lelaki akan memberi tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak saya.

“Konsep perkahwinan pula, Ayu mahukan konsep ‘fairytale’ dengan gabungan warna kelabu, merah jambu dan putih,” katanya yang akan menerima mas kahwin sebanyak RM1,888.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: