Thursday, January 27, 2011

Lanun akan dibicara dengan adil




KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) berkata tujuh orang lanun yang ditahan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Teluk Aden Jumaat lepas akan dilayan seperti kes jenayah lain di mana siasatan dan perbicaraan yang adil akan dijalankan.

Beliau berkata, kes itu kini masih pada peringkat siasatan dan rakyat diminta tidak membuat andaian melulu.

"Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji kertas siasatan sebelum memulakan dakwaan kes kesalahan jenayah ini," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam.

Katanya, pada peringkat sekarang, pejabatnya tidak terbabit dalam siasatan atau mengarahkan jabatan penguat kuasa untuk melakukan siasatan dan pejabatnya akan mengkaji sama ada wujud kes untuk mendakwa mereka.

Walaupun beliau mengakui ia adalah kes pertama dikendalikan oleh jabatannya, katanya, undang-undang sekarang boleh dikendalikan dengan semua kesalahan yang didakwa dilakukan oleh lanun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: