
Menurutnya, bagi operasi dalam negara pula, syarikat bercadang membuka 20 lagi cawangan baru menggunakan pelaburan mencecah RM20 juta.
“Secara keseluruhan, cawangan Pizza Hut dalam negara kini berjumlah 219 buah, Singapura 48 dan satu di Kemboja,” katanya selepas melancarkan hidangan terbaru Piza Ring of Fortune sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Serentak dengan pelancaran menu baru itu, syarikat mensasarkan kadar jualan akan meningkat sekurang-kurangnya 20 peratus sepanjang tempoh promosi yang bermula 21 Januari hingga 3 Mac 2011.
“Kami akan melancarkan empat menu utama sepanjang tahun dan ini adalah satu daripada apa yang kami rancangkan,” katanya apabila Pizza Hut membelanjakan lebih RM2.5 juta untuk tujuan promosi meliputi media cetak, elektronik.
Menu baru itu boleh didapati dalam saiz sederhana dan dijual secara ala-carte pada harga RM27.90 hingga RM36.90 menerusi perkhidmatan dine-in, penghantaran ke rumah dan tempahan online.
“Piza baru ini menawarkan kebaikan sepenuhnya yang lengkap dengan kemakmuran, kekayaan, keceriaan dan kebahagian sesuai untuk seisi keluarga,” katanya.
Operasi Pizza Hut kini menyumbang antara 30 hingga 35 peratus ke atas perolehan QSR Brand manakala selebihnya disumbangkan oleh operasi lain KFC seperti pengendalian Restoran RasaMas, Ayamas, dan aktiviti peruncitan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: