|
|
LOS ANGELES 18 Jan. - Pelakon Australia, Nicole Kidman dan suaminya, Keith Urban mengumumkan kelahiran cahaya mata baru mereka, Faith Margaret yang dilahirkan menggunakan kaedah ibu tumpang.
"Bayi perempuan kami dilahirkan pada 28 Disember lalu di Nashville, Tennessee," kata pasangan popular itu dalam satu kenyataan, semalam.
Walaupun Margaret dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang tetapi dia sebenarnya adalah anak kandung Kidman dan Urban.
"Keluarga kami benar-benar dirahmati dan kami sangat bersyukur diberikan bayi ini. Tiada kata-kata juga yang boleh diucapkan untuk menggambarkan rasa berterima kasih kami kepada mereka yang menyokong kami melalui proses ini," ungkap pasangan itu.
Kidman dan Urban yang kedua-duanya berusia 43 tahun dilaporkan terpaksa menunggu sehingga berakhirnya majlis anugerah Golden Globe Ahad lalu untuk membuat pengumuman itu.
Pasangan itu menghadiri anugerah gala itu di Beverly Hills ekoran Kidman menerima pencalonan kategori Pelakon Wanita Terbaik atas lakonannya dalam filem Rabbit Hole tetapi ia dimenangi oleh Natalie Portman.
Kidman turut memiliki dua orang anak angkat Isabella Jane, 18, dan Connor Anthony, 16, selain anak bersama suaminya sebelum ini, Tom Cruise. Dia berkahwin dengan Urban pada 2006.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: