Wednesday, January 26, 2011

Kem Bintang-bintang kumpul juara RTM



Buat julung kalinya Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan program Kem Bintang-bintang 2011 menyatukan kembali bintang–bintang kelahiran RTM yang pernah bergelar juara atau finalis menerusi beberapa pertandingan bakat dan nyanyian terbitan RTM.

Berkonsepkan 1Malaysia, peserta dipilih berdasarkan pemenang atau peserta akhir pertandingan seperti Bintang RTM, Bintang Klasik Nasional, Bintang AiMinnal dan Juara Asyik.

Kem berkenaan bertujuan menggilap semula nama dan memperkukuhkan kemahiran peserta dalam bidang nyanyian dan persembahan. Selain itu, memberi lebih persediaan untuk mereka meneruskan karier seni.

Selama dua minggu, penuntut akan menyertai kelas vokal, tarian, lakonan, penampilan diri dan pengucapan awam.

Tiga tenaga pengajar melibatkan pensyarah berpengalaman, Dia Fadila (vokal), Kamarudin Taib (seni persembahan dan lakonan) dan Sazlan (Tarian) diberi tanggungjawab melatih dan mendidik penuntut. Beberapa personaliti RTM dan selebriti akan turut serta terlibat membimbing mereka.

Kemuncaknya pada sesi akhir latihan selama dua minggu ini, penuntut akan diberi tugasan khas untuk dipersembahkan pada malam konsert mini pada 28 Januari 2011 (Jumaat) di Borneo Rainforest, Sunway.

Kem Bintang–bintang 2011 akan menjalani proses rakaman bermula 16 hingga 28 Januari dan akan disiarkan menerusi saluran TV1 dan 180 Astro.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: