Tuesday, January 18, 2011
CIMB Islamic lancar Flexi Select NID-i
CIMB Islamic mensasarkan jumlah pelaburan terhad sehingga RM150 juta untuk produk barunya, Flexi Select NID-i.
Jumlah pelaburan minimum produk itu RM65,000 dan dibuka langganan sehingga 25 Januari ini.
Ketua Perbankan Runcit CIMB Bank, Peter England berkata, produk pelaburan 10 tahun itu diperkenal berdasarkan konsep Shariah Mudharabah Terhad.
Menurutnya, ia direka dengan gabungan ciri pelaburan inovatif bersama fleksibiliti tambahan untuk pelabur menukar strategi pelaburan.
“Produk pelaburan ini adalah yang pertama menawarkan pelabur pilihan untuk mengendalikan portfolio mereka tanpa terperangkap pada pandangan pelaburan sama. Inilah yang membezakannya daripada pelaburan berstruktur tetap lain.
“Selain itu, Flexi Select NID-i membenar pelabur menyemak pandangan pelaburan setiap dua tahun dan membuat keputusan. Pelaburan prinsipal akan dilindungi sekiranya sampai tempoh matang,” katanya ketika pelancaran Flexi Select NID-i di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Bendahari CIMB Group, Datuk Lee Kok Kwan dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Jualan Kepenggunaan dan Pengedaran CIMB Bank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: