ALOR SETAR: Sebanyak 11 khemah yang dipasang untuk kenduri kahwin aktres Ayu Raudhah dan pemain bola sepak Zaquan Adha di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar, di sini, Jumaat.
Majlis resepsi berkonsepkan alam fantasi itu dihadiri lebih 1,500 tetamu termasuk pihak keluarga kedua-dua belah pihak, rakan-rakan dan peminat.
Turut serta adalah aktres Zarynn Min dan pemain bola sepak Aidil Zafuan.
Justeru itu itu, makanan yang ditempah untuk seramai 1,200 tetamu terpaksa ditambah kerana tidak mencukupi.
"Saya tak sangka tetamu akan datang seramai ini. Sebab tak mahu menghampakan tetamu yang datang pada saat-saat akhir, kami menambah lagi makanan dan minuman," kata kakak Ayu, aktres Rozita Che Wan.
Kebanyakan tetamu yang datang tidak melepaskan peluang bergambar dengan Rozita, Zarynn dan Aidil.
Sementara peluang bergambar dengan pasangan pengantin diberikan pada penghujung majlis setelah selesai upacara bersanding, menepung tawar dan memotong kek.
Zaquan mengenakan dua sut berwarna putih dan kelabu manakala Ayu mengenakan dua gaun berwarna putih dan merah jambu rekaan Rizman Ruzaini untuk upacara bersanding dan memotong kek.
Sebanyak dua pelamin yang direka khas oleh Ixora Prestige Bridal dan diselenggarakan oleh kakak Ayu, Jaja.
Ayu dan Zaquan bernikah di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: