Saturday, January 22, 2011

Anggota Malbatt ditambah


SEBAHAGIAN daripada 303 anggota dan pegawai dari Malbatt 2 selamat tiba di Pangkalan Udara Subang semalam.


SUBANG – Bilangan anggota Batalion Malaysia (Malbatt) dalam Misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon (UNIFIL) akan ditambah seramai 100 orang lagi menjadikan bilangan keseluruhannya seramai 540 orang.

Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Wira Jamil Osman berkata, ia adalah atas permintaan PBB sebelum ini yang meminta supaya anggota Malbatt ditambah seramai 210 orang.

“Bagaimanapun kerajaan baru-baru ini telah meluluskan tambahan seramai 100 orang yang menjadikan jumlah keseluruhan anggota Malbatt pada masa akan datang seramai 540 berbanding 440 sebelum ini.

“Mereka ini akan terlibat dalam Malbatt 3 dan dijangka bertolak pada bulan Mac akan datang,” katanya selepas menyambut kepulangan kumpulan pertama Malbatt 2 ke Lebanon di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: