
"SAYA membeli cat untuk mengecat rumah. Tapi tak sangka terpilih menyertai peraduan yang menawarkan hadiah utama dan sagu hati yang menarik. Lagipun, saya beria-ria menyertai pertandingan ini kerana mahukan hadiah sagu hati, iaitu patung Blobby yang comel. Namun tidak sangka saya memenangi televisyen paparan hablur cecair (LCD)."
Demikian luahan Ahmad Nizaimi Yacob, salah seorang pemenang bertuah kempen Find The Paint Expert anjuran Nippon Paint Malaysia Sdn. Bhd.
Menerusi kempen Find The Paint Expert, pengguna yang membeli cat lima liter Nippon Paint dan menemui rantai kunci Blobby dalam tin cat tersebut berpeluang memperoleh ganjaran menarik seperti TV LCD dan patung Fuzzy Blobby setinggi dua kaki.
Selain Ahmad Nizaimi, Soo Bee Yean (Perak), Ahmad Nizaimi Yacob (Kuala Lumpur), Ooi Chee Beng (Pulau Pinang), Lew Poh Kok (Perak), Wong Ee Hin (Pulau Pinang), Teoh Kian Yih (Pulau PInang) dan Ahmad Zelani Abu Bakar (Alor Setar), serta 150 pengguna bertuah lain turut memenangi hadiah TV LCD.
Sebanyak 11 produk premium Nippon dipilih untuk kempen ini seperti Nippon Odour-less AirCare, Nippon Odour-less Premium All-in-1, Nippon Vinilex Fresh Anti-Bacterial Emulsion, Nippon Spot-less, Nippon 3-in-1, Nippon Satin Glo, Nippon Perfect White, Nippon Vinilex EasyWash, Nippon Weatherbond Solareflect, Nippon Weatherbond Advance dan Nippon Weatherbond.
![]() |
| AHMAD NIZAIMI (tengah) membeli dua tin cat yang telah membawa tuah kepadanya memenangi sebuah TV LCD jenama Sony. |
Menurut Pengarah Urusan Nippon Paint Malaysia, Yaw Seng Heng, kempen Find The Paint Expert dilancarkan bertujuan memberi ganjaran kepada pengguna yang banyak memberi sokongan pada cat jenama itu.
"Kempen ini sejajar dengan misi Nippon Paint yang menetapkan misi membawa keceriaan kepada masyarakat. Kemunculan anak patung Blobby yang comel merupakan simbolik keceriaan dan keseronokan yang dilahirkan menerusi warna cat.
"Ciptaan anak patung Blobby ibarat animasi titisan cat yang berwarna-warni, menyeronokkan dan bertunjangkan semangat ceria," jelas Yaw Seng Heng.
Dalam pada itu, kempen tersebut juga bertujuan membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia memilih warna cat yang sesuai dengan konsep rumah dan alam sekitar.
Memandangkan sambutan yang cukup mengalakkan untuk kempen Find The Paint Expert, Nippon Paint Malaysia melanjutkan kempen sehingga 31 Januari 2011.
Kempen: Find The Paint Expert anjuran Nippon Paint MalaysiaPromosi: Sah sehingga 31 Januari 2011Tel: 1-800-88-2663Laman web: www.nipponpaint.com.my.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: