Friday, September 24, 2010

Waheeda & Akhil Halang Maizawati Jumpa Anak Sendiri!

Maizawati akan mengambil tindakan jika Waheeda berpelakuan di luar batasan terhadap anak-anaknya.

PETALING JAYA: Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal atau Maiza mendakwa tidak berpeluang bertemu anak-anaknya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos lalu.

Maizawati berkata sebagai seorang ibu dia amat sedih kerana tidak dapat bertemu dua orang anaknya iaitu Siti Nur Maisarah, 13, dan Mohd Sharis, 12, selain beranggapan anak-anaknya itu sudah diracun fikiran supaya membencinya.

Siti Nur Maisarah dan Mohd Sharis diserahkan kepada Akhil selepas penyanyi itu mendirikan rumahtangga dengan Waheeda pada 17 Ogos 2009.

Empat orang lagi anak Akhil dan Maizawati iaitu Diana Sofea, 17, Daniel Arif, 16, Mohd Shakir,9, dan Mohd Syathiri,4, berada di bawah jagaan Maizawati.

Maiza mendakwa Waheeda dan Akhil tidak menggalakkan dua anaknya itu untuk berjumpanya dengan memberikan alasan kedua anak-anaknya itu perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

"Waheeda dan Akhil sudah tukar nombor telefon dan hanya nombor abang kepada Akhil sahaja yang saya ada dan dia yang menjadi orang tengah diantara kami.

"Saya hanya diberi kebenaran untuk berjumpa dengan anak-anak jika mereka balik kampung di Gopeng, Perak.

Akhil dan Waheeda dikatakan menyekat perhubungan antara Maiza dan dua orang anaknya.

"Nak ikutkan, hati ibu mana yang tak sedih bila sudah lama tidak melihat anak-anak. Saya tak kisah Akhil dan Waheeda mahu memberikan pelajaran yang terbaik buat anak-anak saya tapi jangan putuskan hubungan saya dan anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Kata Maiza, kadang-kala dia teringin untuk membawa anak-anaknya itu keluar bersiar-siar.

Malah selama dua kali menyambut Hari Raya, Maiza tidak berpeluang beraya bersama mereka.

"Saya Akhil dah ada keluarga masing-masing, kenapa perlu buat begini kepada saya?

"Setahu saya, sebelum ini, Akhil tidak ada apa-apa masalah dengan saya cuma perempuan itu (Waheeda) yang bermasalah dengan saya," ujarnya.

Maiza memberi amaran, dia akan bertindak dengan pelbagai cara jika Waheeda melakukan sesuatu di luar batasan terhadap anak-anaknya.

"Dia mula nak membentuk macam-macam perkara terhadap anak-anak saya, itu yang saya tak puas hati.

"Saya tak pernah pun kacau hidup dia, kenapa perlu dia burukkan saya kepada anak-anak? Itu sudah melampau.

"Kadang-kala saya bertanya sendirian, apa gunanya dia bertudung jika berpelakuan begitu? Sepatutnya, sebagai saudara sesama Islam, kita perlu berbaik antara satu sama lain," tegasnya.

28 comments:

  1. kejam betul waheeda nie lah! pisahkan ibu dari anak!

    ReplyDelete
  2. rujuklah ke mahkamah syariah...jangan ambil jalan sendiri.Nanti banyk mudaratnya.....

    ReplyDelete
  3. jgn menilai keperibadian orang dari penampilannya. Zaman sekarang ni.. yang bertudung liput pun belum tentu baiknya. Manusia.. dalam hati sentiasa ada bisikan syaitan. So pada akak Maiza selesaikan masalah mengikut saluran yang betul. Insyaallah jika akak teraniaya Tuhan akan membantu

    ReplyDelete
  4. Haah aku setuju 2. Tak semestinye pakai tudung tu elok sangat n tak semestinye tak pakai tudung 2 jahat. Waheeda nie pun aduyai...dahla rampas laki org..tak sedar diri betul la

    ReplyDelete
  5. akhil pun satu...tak bertanggungjawab betul lah... mana boleh pisahkan anak dari ibu kandungnya dan pisahkan mereka dari abang2 dan adik2! nama aje ustaz...ustaz tak bertanggungjawab langsung!!! aku kesian dengan maizawati lah!

    ReplyDelete
  6. benci sungguh2 aku ngan waheeda cibai!

    ReplyDelete
  7. Dah lah rampas suami org lepas tu seksa ibu budak budak tu tak bagi jumpa anak anak dia kalau bapak tak pa juga ini ibu anak anak tu yg mengandungkan mereka mesti lah sedih Waheeda nampak je alim pakai purda lagi ingat negara arab ke kau pakai lah macam zorro pun sampai tak nampak mata pun kau tetap berdosa kerana menghalang anak bertemu ibu kandung nya Akhil baliq tak ada otak bapak yg tak bertangung jawab kalau isteri pertama dia buat macam tu waheeda pun apa kurang nya akan kena juga org macam akhil baliq ni mana cukup 2 dia akan tambah lagi lepas ni giliran waheeda pula tunguuuuuuuu.

    ReplyDelete
  8. Antara waheeda ,akhil dengan maiza ni, hanya maiza lebih btindak luar batasan..melebih2..semua buruk baik orang die keluarkan.s0 far ak xpenah dengar lg yg buruk keluar dr waheeda.n akhil ttg maiza...n kalau btl si maiza pmpuan baik, die akn senyap even dlm tmp0h edah..bkn aktif sakan.nmpak sangat pmpuan br kuar kandang.xsmpai sthn da kawen.nilai la sndri.jgn taw mengata je.maiza siap j0in jd ratu lg,jd penyanyi..smue yg mmg haram pmpuan masuk, die masuk..baik ke macam tu?

    ReplyDelete
  9. kita tak tahu pekara yang sebenarnya.. yang kita tahu cuma dari media je.. tapi bagi aku siapa yang kurang bercakap dialah yang lebih baik..

    ReplyDelete
  10. mana boleh kurang bercakap...kalau kita ditindas..dihalang jumpa anak2 kandung sendiri kenalah suarakan perasaan kita...takkan nak benarkan orang pijak2 kita macam waheeda ini!

    ReplyDelete
  11. banyak lagi cara lain daripada bising2 kat media.. dapat malu lagi ada.. lebih baik berdoa buat sembahyang hajad.. sabar banyak2.. allah akan tolong..

    contoh macam abby dengan norman hakim.. apa yang dia orang dapat? dapat malu.. segala keaibpan keluar satu persatu..

    ReplyDelete
  12. yup btl! better diam, dr banyak bcakap...Allah ada, nak takut apa kalau kite di pihak yg benar. dh rase diri betul sgt, bising sana sini, buka aib 0rang sana sini, igt Allah nak t0l0ng ke? lagi btambha d0sa ada la...fikir la sikit, 0tak dah ada, nak jugak guna lutut...

    ReplyDelete
  13. sudah2 la.. x perlu nak menang kan saper2.. hanya allah yang tahu.. x perlu kita menokok tambah apa yang ada sekarang.. jika betul mereka salah.. tegur la dengan cara yang betul.. jangan di caci maki.. islam kn agama yang penuh dengan keindahan.. jaga lah bahasa.. jaga lah perilaku...

    ReplyDelete
  14. nama aje ustat,tapi keluarga huru hara.mcm mana nak tegur org lain.yg si betina pun satu.dulu bukan main menafikan hubungan.skrg???.inilah HIPOKRIT!!boleh jln lah ente brdua

    ReplyDelete
  15. nak komen pun x yahla over sgt..mn tau waheeda yg salah, jgnla nak kutuk org yg bertudung sepatut kalu org tu nak bertudung kita bersyukur hilang satu dosa kalu dia buat dosa lain tu biarla Allah yg tentukan. x suka la statement last maizawati tu..

    ReplyDelete
  16. Ni la wanita akhir zaman..sanggup untuk bercerai dari membiarkan suami kahwin lebih..sepa juga susah..itu la..melawan hukum tuhan..

    ReplyDelete
  17. akil pun penah ckp bkn 2 jgak ttg aib maiza dlm galaksi time raya lepas

    ReplyDelete
  18. hahahah sapa suruh nikah ari sekolah. tadak akai punya pompuan. anak ambik UPSR. bodo lembu ka? maiza ni gatai puki. merenyam tk tentu pasal. pastu cari publisiti murah plak. lembu pun pandai dari hang maiza. meluat aku

    ReplyDelete
  19. bukan aku nak sokong akil.. tapi ko tengok lah sendiri si maiza ni.. gayanya mengalahkan penyanyi popular.. mengebat semacam..

    ReplyDelete
  20. dahlah laki kena kebas, anak pun nak dikebas jugak......

    ReplyDelete
  21. Ibu sehina mana pun, pelacur sekali pun tetap tinggi darjatnya. Anak mesti diajar menghormati ibu kandung. Takkan lah ustaz tak tahu basic macam ni Jgn biarkan emosi menidakkan hukum.

    ReplyDelete
  22. Anonymous said...

    Antara waheeda ,akhil dengan maiza ni, hanya maiza lebih btindak luar batasan..melebih2..semua buruk baik orang die keluarkan.s0 far ak xpenah dengar lg yg buruk keluar dr waheeda.n akhil ttg maiza...n kalau btl si maiza pmpuan baik, die akn senyap even dlm tmp0h edah..bkn aktif sakan.nmpak sangat pmpuan br kuar kandang.xsmpai sthn da kawen.nilai la sndri.jgn taw mengata je.maiza siap j0in jd ratu lg,jd penyanyi..smue yg mmg haram pmpuan masuk, die masuk..baik ke macam tu? <<< mcm mana lak ustaz akil sebulan bercerai dah nikah dgn wahida??

    Ni la wanita akhir zaman..sanggup untuk bercerai dari membiarkan suami kahwin lebih..sepa juga susah..itu la..melawan hukum tuhan.. <<< tak silap aku penah baca statement maiza yg izinkan akil kawen dgn wahida tp wahida yang tak nak bermadu?? kalau tak silap la..

    komen untuk semua...
    Kalau ustaz akil tu btl2 cukup ilmu di dada, ikut semua sunah Rasulullah.. Insyaallah tak begini jadinya. Kalau tonggak goyang, dinding pun takkan kukuh apa lagi bumbungnya... renung2 kan la.

    ReplyDelete
  23. amboi korang..jgnlah dihina Maiza macam tuh... kalau korang ada anak sendiri..korang akan faham perasaan seorang ibu....dan aku rasa takde salahnya dia berkahwin...sudah jodoh dia..tua atau muda bukan ukurannya..dan aku rasa takde nyer dia buruk2 kan waheeda...dia fight for her right..dah anak2 dia..dia berhak jumpa bila2 masa dia nak...dia yang bersusah payah mengandung 9 bulan, sakit bersalin, berjaga malam kalau anak demam etc... dah jadi macam nih..korang nak kata dia mcm2..pls be rasional kalau nak taip apa... jgn sampai jatuh jadi Dosa pulak...

    Terima kasih
    -Dari hati seorang ibu

    ReplyDelete
  24. maaf, saya menyampuk saudara-saudari sekalian, bagi saya, siapa yang salah tak penting, kejadian dah berlaku, sekarang kedua-dua pihak cari jalan mcm mane nak jernihkan suasana, buat ape pn. maiza nak cerita keburukan pn. waheda tu, tak ade manfaat pun, ibarat menceritakan aib sendiri, dosa dptlah, pn. waheda kat sana tu senang2 kutip pahala yang ade. contohilah bapa angkasawan kita tu cari satu jalan penyelesaian utk kedua2 pihak, kesian pada anak2. aib sendiri pun tak dicanang dek org. menjaga batas sebagai isteri, mulut dan kelakuan kita lebih baik drp menceritakan keburukan org lain.

    ReplyDelete
  25. korg sume ni yg salah sbnrnya...hal rumahtangga hanya mrk bertiga yg tau baik buruk salah betul...kita ni sbnrnya xtau apapn masalah atr mrk so jgn la sibuk2 nk masuk campur..

    ReplyDelete
  26. Betoi la... dalam rumah tangga orang yang berkenaan je tau apa yang sebenarnya. Cakap kat luar macam2 leh cakap. Tambahan pula jika ada perasaan dengki ka, iri ati ka, tak puas hati ka..
    Kita sebagai pendengar atau pembaca atau yang menulis hanya dengar sebelah pihak ja..Hanya Allah je yang tau ....

    ReplyDelete
  27. betul ka maiza ni ... sajaaa nak heboh kot maklumlah laki muda

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: