Monday, September 13, 2010

Stail rambut ke rumah terbuka


REMAJA juga berpeluang memilih dandanan rambut panjang konsep ikal mayang. Mula-mula ikat rambut pada paras sederhana sebelum bahagian hujung rambut digulung menggunakan penggulung rambut. Selesai proses gulungan, sisir rambut bahagian depan ke kiri atau kanan. Seterusnya sembur rambut sisir tepi itu untuk membentuk jambul.


MEMILIKI rambut panjang mengurai memberi banyak kelebihan. Wanita khususnya bebas mencuba pelbagai dandanan rambut mengikut trend semasa dan kesesuaian majlis yang dikunjungi.

“Individu berambut panjang mempunyai banyak kelebihan berbanding mereka yang berambut pendek. Mereka tidak perlu menggunakan rambut palsu dan mendandan rambut dengan pelbagai pilihan aksesori rambut.

“Saya sentiasa menyarankan wanita supaya tidak membiarkan rambut mengurai tanpa didandan. Ini bagi mengelakkan penampilan tampak kusut dan kurang menyerlah,” terang jurusolek bebas, Vee Muhammad kepada Stailo.

Sambil menyematkan klip pada sanggul model, Vee menjelaskan, empat jenis dandanan rambut yang mengisi ruang Riak Rias pada kali ini ideal digayakan oleh golongan remaja yang ingin menghadiri majlis rumah terbuka. Pada masa yang sama dandanan rambut tersebut mudah dilakukan di rumah tanpa perlu ke salun.

Cuma sediakan penyembur, alat penggulung, meluruskan dan aksesori rambut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: