Sunday, September 19, 2010

Selesa untuk kerja, riadah

UNTUK cuti musim luruh akan datang, Crocs jenama kasut inovatif, memberi tumpuan kepada pilihan kasut yang selesa dan berfungsi untuk wanita, sesuai untuk bekerja dan bermain.

KOLEKSI...model kasut untuk musim luruh.
KOLEKSI...model kasut untuk musim luruh.

SNEAKER...beralas lembut. SNEAKER...beralas lembut. CORAK BERBUNGA...McCall Big Floral. CORAK BERBUNGA...McCall Big Floral. SELESA...model Kaela untuk wanita. SELESA...model Kaela untuk wanita. CROCS DEVARIO....gaya kasual. CROCS DEVARIO....gaya kasual. RANGGI...model menggayakan Crocs Casey. RANGGI...model menggayakan Crocs Casey.

SNEAKER...beralas lembut.

Wanita yang lebih mementingkan fesyen pasti rambang mata melihat tiga pilihan kasut leper Lily baru untuk dipadankan dengan pakaian mereka.


Setiap pasang kasut leper Lily membawa rekaan terperinci dan personaliti unik yang menyerlahkan diri anda di kalangan umum.


Bagi yang ingin gaya serba ringkas tetapi ceria, anda boleh mencuba Lily Holiday Floral untuk memperlihatkan gaya santai dan menghidupkan semangat permainan dengan corak flora yang menceriakan. Atau menyarung Lily Holiday Bling dengan hiasan seperti manik untuk memukau setiap mata yang memandang.


Bagi yang gemarkan cetakan menonjol dan warna terang, McCall Big Floral dan McCall Flower Wheels baru dengan corak tekstil Nordic menghiasi permukaan kasut, menawarkan gandingan keang­gunan dan kecomelan yang sempurna.

Kasual untuk lelaki juga ditampilkan oleh Crocs kali ini, bagi mereka yang tidak jemu-jemu dengan gaya retro koleksi Crocband, Crocs me­ngajak anda menjadi sebahagian daripada revolusi ‘feel good’ Crocs dengan Crocband Sneaker baru.


Crocband Sneaker baru adalah kasut gaya sneaker yang sangat selesa, dengan ciri hibrid inovatif dan jalur berwarna mengelilingi tapak­nya. Crocband Sneaker yang ringan dan beralas lembut memastikan keselesaan Crocs yang menjadi legenda sentiasa mengulit kaki anda.


Tergoda dengan keselesaan Crocs dan kecantikan kulit? Cubalah Crocs Devario baru, kasut sneaker yang tidak kurang santai dan menarik, dengan lapik suede bermutu tinggi.


Peminat Crocband kini boleh merasai keselesaan Crocband dan memperlihatkan gaya menawan dengan Crocband Leather baru.


Mereka yang tidak dapat melupakan keselesaan rangkaian kasut sarung Santa Cruz pasti jatuh hati dengan Santa Cruz Argyle dan Santa Cruz Classic Plaid baru.


Untuk maklumat lanjut mengenai model terbaru Crocs yang boleh didapati di Malaysia, sila ke laman web www.crocs.com.my.


Sempena pelancaran kasut musim luruh itu juga, Crocs membuka gedung konsep ke-24 di Pavilion, Kuala Lumpur, destinasi beli-belah unggul yang memenangi pelbagai anugerah, terletak di kawasan tumpuan pelancong di Bukit Bintang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: