|
|
ASAS pemakaian lampin pakai buang hari ini merupakan satu transformasi daripada pemakaian lampin kain.
Pemakaian lampin pakai buang juga sebenarnya sudah begitu sinonim dengan masyarakat seluruh dunia kerana ia disifatkan lebih praktikal dan mudah kerana hanya perlu dibuang selepas menggunakannya.
Tetapi tahukah anda, lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk dilupuskan?
Pada masa yang sama, ia turut mencemarkan alam sekitar selain mengandungi beberapa jenis bahan kimia yang boleh memberi kesan negatif kepada bayi.
Antaranya ialah dioxin iaitu sejenis bahan kimia sintetik, sodium polyacrylate (gel penyerap berbentuk serbuk) dan tributyl-tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik.
Dalam usaha menangi masalah tersebut, banyak syarikat kini tampil dengan memperkenalkan semula lampin kain yang sememangnya popular sebelum wujudnya lampin pakai buang.
Seperti yang diketahui ramai, lampin kain merupakan kain berbentuk segi empat sama yang dilipat menjadi segi tiga dan dipinkan untuk mengetatkannya.
Bagaimanapun, kini mengikut peredaran zaman, lampin kain yang diperkenalkan turut mengalami transformasi.
Masih mengekalkan penggunaan kain, AMS Awra Marketing Sdn. Bhd. tampil dengan lampin kain moden yang cukup selesa untuk kegunaan harian anak-anak anda.
Menurut Pengarahnya, Alias Mohamed Sharuddin, pengeluaran lampin kain moden atau disebut cloth diaper (CD) dilihat menepati cita rasa ibu bapa yang mahukan bayi mereka selesa dengan lampin yang dipakai.
''Hari ini, lampin kain moden yang diperkenalkan telah dibuat pembaharuan mengikut peredaran zaman.
''Selain diberi sentuhan baru dan mempunyai rekaan yang unik, cara penggunaannya juga sangat mudah dan amat praktikal,'' ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Didatangkan dalam pelbagai corak serta warna, jelas beliau, lampin kain yang diedarkan oleh syarikatnya selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia dan tahan lasak.
Bercerita lanjut mengenai penglibatannya untuk memasarkan lampin kain tersebut, jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, idea asal adalah daripada isterinya sendiri.
Pada awalnya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan isterinya untuk menggunakan lampin kain untuk kegunaan anak-anaknya tetapi memandangkan kos membeli lampin pakai buang yang semakin meningkat, akhirnya dia sendiri membuat kajian untuk memperkembangkan idea isterinya itu.
Daripada situlah Alias mula membuat penyelidikan serta kajian selama dua tahun sebelum keluarkan produknya sendiri.
Apa yang nyata, penggunaan lampin kain ini lebih menjimatkan untuk tempoh jangka panjang.
Alias mula memperkenalkan jenama lampin kain Wuddah melalui blognya sebelum beroperasi dengan lebih teratur menerusi laman web www.awrastore.com bermula Mac tahun lalu.
Lampin kain jenama Wuddah itu terdiri daripada empat jenis produk iaitu jenis A merupakan lampin kain jenis biasa yang menggunakan material gentian.
Ia ditawarkan dengan tujuh warna terang seperti oren, merah, kuning, biru, merah jambu, hijau dan ungu.
Jenis B pula sama dengan jenis di atas, cuma apa yang membezakannya adalah rekaan dicetak dengan karakter kartun, monyet dan bentuk geometrik untuk menyerlahkan lagi lampin kain tersebut.
Lampin kain jenis C pula lebih istimewa kerana menggunakan fabrik buluh yang menjadikan ia lebih lembut.
Seperti yang diketahui, fabrik daripada buluh mampu bertindak sebagai agen antibakteria dan mampu melindungi kulit bayi dengan baik melalui pengudaraan yang berkesan.
Jenis D pula lebih dikenali sebagai velcro kerana hanya perlu dilekatkan (zip zap) apabila memakainya.
bgsnyer.... da ada kt pasaran kerw niyh...
ReplyDelete