|
|
SSEKOLAH amat menyeronokkan. Saya belajar membaca, mengira dan menyanyi. Saya belajar bersungguh-sungguh kerana saya bercita-cita menjadi seorang cikgu,'' ujar Ina ceria.
Ina merupakan salah seorang daripada 200 kanak-kanak Bajau Laut yang menghadiri pusat pembelajaran LiL Babs di Pulau Bum Bum, Sabah.
Penduduk Bajau Laut merupakan satu pribumi yang telah hidup berabad dalam bot-bot di laut antara Mindanao, Sabah dan Sulawesi.
Bajau Laut mempunyai sejarah tersendiri di mana sesetengahnya tidak mendaftar anak di sekolah-sekolah kerana gaya hidup sebagai pelaut yang berpindah randah. Mereka serta anak-anak mereka juga tidak mempunyai pendaftaran kelahiran.
Begitupun pelbagai usaha telah dilakukan sama ada oleh kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyediakan kemudahan pendidikan termasuk membina sekolah untuk golongan tersebut.
Sementara itu Wakil Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) ke Malaysia, Hans Olsen, berkata, mendidik semua kanak-kanak termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman merupakan langkah pertama dalam usaha mengurangkan perbezaan dan menghapuskan kemiskinan.
''Apabila kanak-kanak diberikan kuasa dengan pendidikan, mereka boleh mengubah serta mempertingkatkan taraf kehidupan masing-masing,'' ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: