Friday, September 17, 2010

Kasut leper lebih selesa


Selesa dengan kasut yang lembut dan leper.


PEMINAT kasut Crocs wanita dan lelaki kini boleh menambah koleksi kasut yang ada dengan koleksi cuti musim luruh 2010 yang membawakan pelbagai pilihan model baru yang lebih bergaya.

Koleksi ini memberikan lebih tumpuan kepada pilihan kasut yang selesa dan berfungsi untuk wanita dan sesuai untuk bekerja atau santai.

Model baru seperti kasut leper Kaela dan Lenora, Casey yang bertumit baji daripada rangkaian Versastyle menceriakan hari bekerja dan santai anda.

Wanita yang gemar berfesyen sudah pasti akan rambang mata melihat tiga pilihan kasut leper Lily baru bagi dipadankan dengan pakaian mereka. Setiap pasang kasut leper Lily membawakan rekaan terperinci dan personaliti unik yang menyerlahkan personaliti anda di kalangan orang ramai.

Bagi gaya santai, pilih Lily Holiday Floral yang bercorak flora dan menceriakan hari anda. Atau sarung Lily Holiday Bling dengan hiasan seperti manik yang memukau mata yang memandang.

McCall Big Floral dan McCall Flower Wheels baru dengan corak tekstil Nordic yang menghiasi permukaan kasut menawarkan gandingan keanggunan dan kecomelan.

Dalam pada itu, lelaki turut boleh bergaya retro dengan koleksi Crocband Sneaker baru, gaya sneaker yang selesa dengan ciri hibrid inovatif serta jalur berwarna mengelilingi tapak. Crocband Sneaker yang ringan dan berkusyen ini memastikan keselesaan kaki anda.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: