Saturday, September 18, 2010

Israel bunuh pejuang Hamas


SEJUMLAH penduduk Palestin mengusung jenazah Iyad Abu Shilbaya di kem pelarian Nur Shams dekat Tulkarem, Tebing Barat semalam.


BAITULMUQADDIS - Askar-askar Israel membunuh seorang pejuang kumpulan Hamas dalam satu serbuan di Tebing Barat semalam ketika keganasan meningkat sejak permulaan rundingan damai baru Asia Barat pada bulan ini.

Tentera Israel berkata, beberapa askarnya cuba menangkap pejuang tersebut, Iyad Abu Shilbaya, 37, awal pagi semalam di bandar Tulkarem apabila dia menyerbu ke arah mereka dan enggan berhenti.

Namun, saudara lelakinya, Moetasim Abu Shilbaya berkata, askar-askar Israel menyerbu masuk ke rumah Iyad sekitar pukul 3 pagi dan membunuh lelaki itu di dalam bilik tidurnya.

Abu Shilbaya menyifatkan kematian saudaranya sebagai satu pembunuhan terancang.

Jelasnya, Iyad adalah seorang aktivis politik Hamas dan bukan militan bersenjata seperti yang didakwa rejim Zionis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment