Saturday, September 18, 2010

Pembaca berita pakai seluar pendek


SEORANG pembaca berita memakai seluar pendek semasa satu siaran secara langsung di Slovenia baru-baru ini.


LJUBLJANA, Slovenia - Seorang pembaca berita lelaki didapati memakai seluar pendek selain baju berkot semasa membaca berita secara langsung di Slovenia, lapor sebuah akhbar semalam.

Gelagat pembaca berita itu turut menjadi sensasi di laman YouTube.

Pada mulanya, penonton tidak menyangka dia cuma memakai seluar pendek kerana kakinya dilindungi meja di depan kamera.

Namun, selepas muzik penutup siaran berita dimainkan, pembaca berita itu memusingkan kerusinya ke belakang meja sekali gus menampakkan seluar pendek yang dipakainya, baru-baru ini.

Pembaca berita itu kelihatan bersahaja dan tidak menunjukkan perasaan bimbang dengan perbuatannya memakai seluar pendek.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: