Saturday, September 18, 2010

Apartmen Hendrix dipamerkan


SEORANG lelaki melihat barang milik Jimi Hendrix di aparment pemain gitar tersebut di tengah London baru-baru ini.


LONDON - Sebuah apartmen di London yang pernah didiami pemain gitar terkenal, Jimi Hendrix mula dibuka kepada umum sebagai sebahagian daripada pameran sempena ulang tahun ke-40 kematiannya.


JIMI HENDRIX


Hendrix berpindah ke tingkat atas rumah bernombor 23, Brook Street bersama teman wanitanya, Kathy Etchingham pada tahun 1968, dua tahun selepas dia datang ke London sebagai pemain gitar yang muda dan bercita-cita besar.


BEBERAPA orang berjalan pada Selasa lalu di bangunan yang pernah menjadi tempat tinggal Jimi Hendrix di tengah London.


Apartmen itu menjadi rumahnya untuk tempoh yang lama semasa dia bermain pada persembahan di seluruh London.

Bermula Khamis lalu, para pengunjung boleh melawat bilik-bilik yang dihuni oleh Hendrix, tempat dia menulis dan menghiburkan kawan-kawannya.

Para penganjur pameran memberitahu, semua tiket untuk lawatan ke apartmen itu sudah habis dijual.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: