SINGAPURA - Syarikat penerbangan Singapura Airlines (SIA) mengarahkan anak-anak kapal syarikatnya untuk mengelak daripada berbincang mengenai hal-hal pekerjaan menerusi laman sosial Facebook, kata seorang pegawai syarikat itu semalam.
Arahan diberikan selepas beberapa krew pesawat syarikat berkenaan didapati membincangkan hal-hal berkaitan pekerjaan di Facebook.
Akhbar Straits Times melaporkan semalam bahawa krew-krew tersebut telah mendapat surat amaran selepas mereka merungut mengenai jadual kerja, kerenah penumpang, ketua dan juga rakan sekerja.
"Dasar kami jelas menyatakan bahawa mereka (para pekerja) tidak boleh membuat ulasan mengenai hal kerja, perniagaan atau pelanggan bagi melindungi kepentingan maklumat dan petugas lain serta pelanggan," kata seorang jurucakap SIA.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: