
DRAMATIS Linda Hashim (gambar),26, mengakui ramai lelaki berusia dan sudah berumah tangga cuba mendekatinya berbanding lelaki bujang.
Namun begitu dia lebih senang hidup bersendiri daripada menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.
Menurutnya melalui pengalaman rakan-rakan yang menghadapi masalah rumah tangga atau mempunyai orang ketiga menyebabkan dia begitu berhati-hati memilih pasangan hidup.
"Saya tak tahulah kenapa ramai yang datang ingin berkawan dengan saya ialah di kalangan lelaki yang sudah beristeri? Saya sebenarnya lebih rela tidak mempunyai sesiapa dari merosakkan rumah tangga orang lain.
"Ramai yang salah anggap cara saya melayan ornag dengan lembut tetapi ia kerana saya menghormati mereka.
"Banyak masalah yang akan timbul melalui pengalaman rakan-rakan yang sudah berkahwin tetapi pasangan mereka mempunyai hubungan dengan orang lain," katanya.
Jelas Linda, pengalaman dia menyelamatkan rumah tangga rakannya yang bergolak mengajarnya memahami perasaan seorang wanita.
"Saya pernah tolong rakan saya yang betul-betul ingin bercerai ketika itu kerana kehadiran orang ketiga. Memang susah nak pulihkan hubungan tersebut tapi Alhamdulilah semuanya sudah selamat. Dalam pada itu, gadis berasal dari Gopeng, Ipoh ini berazam akan menamatkan zaman bujangnya pada usia 30 tahun.

"Sekarang saya tiada teman istimewa dan lebih selesa berkawan sahaja. Mungkin belum jumpa dengan orang yang benar-benar sesuai dengan saya.
"Saya mahu seorang lelaki yang bertanggungjawab, penyayang dan beriman. Paling penting dia seorang bujang dan bukan suami orang," jelasnya yang ditemui pada majlis berbuka puasa drama bersiri Tudung Ekspres.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: