Tuesday, August 17, 2010

Kenderaan elektrik keliling dunia


SEORANG pemandu menaiki sebuah kereta dari pasukan Australia di Geneva semalam.


GENEVA - Tiga buah kenderaan berkuasa elektrik dari Australia, Jerman dan Switzerland berlepas dari sini semalam dalam misi untuk mengelilingi dunia bagi mempromosikan pengangkutan bebas pencemaran.

Projek itu ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dikendalikan oleh seorang guru sekolah dari Switzerland, Louis Palmer yang pernah mengelilingi dunia selama 18 bulan dengan sebuah kenderaan solar dua tahun lalu.

"Kami mahu menunjukkan bahawa tujuh bilion orang di planet ini memerlukan tenaga baru dan bersih," kata Palmer.

Menurutnya, sebuah kereta elektrik dari Korea Selatan gagal untuk tiba di laluan permulaan di pejabat PBB di sini kerana masalah bateri.

Namun, kereta itu akan menyertai tiga pasukan tersebut selepas masalah tersebut selesai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: