Sunday, January 15, 2017

Nora Danish Tiada Niat Serius Menyanyi



Nora Danish nyanyi sekadar suka-suka - FOTO IG NORA DANISH
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish memberitahu dia tidak berhasrat untuk menjadikan nyanyian sebagai kerjaya selepas muncul lagu pertama bersama penyanyi rap Waris berjudul Ini Lagi Boom.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 36, berkata, dia menerima tawaran untuk terlibat dalam single terbitan KRU Music ini adalah sekadar untuk memeriahkan industri muzik tanah air.

"Saya tidak boleh menyanyi langsung tapi bila pihak KRU dan Waris benar-benar yakin bahawa saya boleh melakukannya, jadi saya cuba. 

"Tapi projek ini hanya sekadar suka-suka sahaja dan saya tidak fikir untuk serius atau jadikannya sebagai kerjaya pula," ujarnya.
Nora diminta mengulas tentang lagu yang baharu sahaja dilancarkan bersama penyanyi rap Waris.
Waris tulis lagu Ini Lagi Boom.

Lagu Ini Lagi Boom ini dicipta sepenuhnya oleh DJ Fuzz manakala liriknya hasil nukilan Waris sendiri bersama Aziquebeats. 

"Dalam lagu ini Waris yang banyak menyanyi, saya hanya rap sahaja, itu pun bukanlah rap, tapi saya rasa macam sajak sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim berkata lagu merupakan idea segar yang bertujuan menggalakan perkembangan industri hiburan tanah air.

"Industri muzik sentiasa perlu tampil dengan idea-idea segar dan menggalakkan kerjasama diantara artis walaupun berbeza syarikat rakaman. 

"Ini biasa dilakukan di negara- negara luar dan kolaborasi secara perkongsian diantara syarikat rakaman tempatan memang wajar dibudayakan di Malaysia untuk memberi variasi kepada peminat industri muzik tempatan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: