Friday, January 27, 2017

Produksi Tarik Balik Pembatalan Program 'Running Man'




Pembatalan program Running Man ditarik balik oleh stesen SBS.
BERITA baik buat peminat Running Man apabila pihak SBS mengesahkan pembatalan program popular itu ditarik balik.
Stesen penyiaran itu dalam satu kenyataan memberitahu musim terbaharu akan disambung semula dengan menampilkan beberapa wajah baharu bagi menggantikan tiga selebriti yang meninggalkan siri itu sebelum ini.

"Berhubung luahan peminat yang bukan sahaja dari Korea tetapi seluruh dunia yang sedih dengan penamatan program ini, SBS dan enam ahli Running Man bersetuju untuk meneruskan siri ini.

"Ya, Running Man akan diteruskan dan akan ada ahli baru menyertai program ini nanti," kata kenyataan itu seperti dilaporkan Koreaboo.
Running Man
 sebelum ini mencetuskan beberapa kontroversi apabila pihak produksi dilaporkan menyingkirkan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo pada Disember lalu.

Tindakan itu telah mencetuskan kemarahan peminat setia program itu sebelum pihak produksi mengumumkan program berkenaan dibatalkan.

Sementara itu, Ketua Ibu Pejabat SBS yang juga pencetus Running Man pada 2010 iaitu Nam Seung Yong memberitahu telah berjumpa dengan semua yang terlibat untuk membincangkan isu yang timbul berkaitan rancangan popular itu.

Seung Yong juga turut meminta maaf atas kontroversi yang berlaku dan berjaya memujuk enam ahli yang terlibat untuk kekal pada musim baharu.

"Saya dengan rendah hati berterima kasih dengan ahli yang membuat keputusan sukar untuk terus kekal bersama Running Man.
"Dedikasi mereka dalam menghargai sokongan peminat sejak tujuh tahun lalu amat mengagumkan dan kami akan memastikan musim baharu lebih segar dan menyeronokkan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: