Wednesday, January 18, 2017

5tion Kemalangan Ketika Konsert Jelajah Di Jepun




5tion
KUMPULAN 5tion (Ocean) dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan konsert jelajah di Jepun.

5tion yang selesai mengadakan konsert mereka di Nagoya pada Sabtu ketika itu dalam perjalanan ke Osaka bagi mengadakan persembahan di sana.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku akibat jalan yang licin dan salji tebal.
Kenderaan yang dinaiki 5tion
Lima ahli kumpulan itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran.

"Kesemua ahli kumpulan kini berada di hospital terdekat kerana mengalami luka-luka. Kesihatan mereka adalah keutamaan kami, jadi konsert di Osaka akan dijadualkan kepada waktu lain," ujar pengurusannya seperti dipetik Allkpop.

Menerusi foto yang tersebar, kenderaan yang dinaiki ahli kumpulan ini remuk teruk dan cermin pecah di bahagian kedua-dua belah pintu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: