Friday, January 27, 2017

Koleksi Peribadi Artis Boleh Dibeli Di 'Section 1'



Irmawati Mahamad Tahir (tengah) bersama artis Faizal Ismail (kanan) dan Cheryl Samad ketika pelancaran portal beli-belah Section 1 pada Selasa. 
KUALA LUMPUR: Peminat kini boleh memiliki koleksi peribadi selebriti pilihan masing-masing menerusi pusat beli-belah dalam talian baharu yang dikenali sebagai Section 1.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Section One Sdn Bhd, Irmawati Mahamad Tahir berkata, idea bagi memasarkan barangan terpakai atau preloved selebriti tempatan menerusi satu platform khas direalisasikan bagi memudahkan proses jual beli di kalangan peminat.

"Berbeza dengan laman e-dagang beli-belah yang lain, Section 1 menyediakan variasi pilihan produk serta memberi pengalaman baru kepada pembeli untuk mendapatkan koleksi barangan atau produk keluaran selebriti kesayangan mereka," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis Pelancaran Section 1 di Publika di sini pada Selasa.
Ziana Zain (kiri) turut mendaftar untuk menjual koleksi peribadinya di portal Section 1.
Selain menjual barangan selebriti, Section 1 juga menjadi platform untuk para peniaga mengembangkan perniagaan mereka menerusi dalam talian.
"Section 1 yang dilancarkan UiTM Holdings Sdn Bhd menyediakan platform percuma kepada vendor untuk memajukan perniagaan mereka.

"Kami berharap Section 1 bakal menjadi hub jual beli menguntungkan pembeli dan vendor yang menyertai kami," katanya.

Antara selebriti yang telah mendaftar sebagai vendor ialah Ziana Zain, Anzalna Nasir, Dayang Nurfaizah, Zara Zya, Fiza Sabjahan, Wak Doyok, Khai, Rosma dan Anis Al Idrus.

Pada majlis sama, Section 1 turut memperkenalkan kumpulan Bunkface dan penyanyi Kaka Azraff sebagai duta.

Section 1 kini mempunyai lebih 1,000 produk daripada pelbagai kategori termasuk kecantikan, kesihatan, makanan, bahan bacaan serta fesyen lelaki dan wanita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: