LONDON - UNITED KINGDOM. Gambar pelakon Lord Of The Ring, Ian McKellan memegang satu tanda pada perarakan ‘Women’s March’ di sini mengundang perhatian ramai orang.
Beliau yang memegang watak Gandalf dalam filem francais tersebut kelihatan tersenyum gembira memegang satu papan tanda menunjukkan pelakon filem Star Trek, Patrick Stewart memegang muka dengan tapak tangan beliau.
“Papan tanda Patrick itu bukanlah milik saya tetapi saya menjumpainya di penghujung perarakan di Trafalgar Square.
“Terdapat banyak lagi papan tanda lain yang saya jumpa di sini,” tulisnya di dalam laman Twitter miliknya.
Sementara itu, wanita-wanita di seluruh dunia berarak sebagai protes menentang perlantikan Donald Trumps sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Selain itu, mereka juga turut menaikkan isu-isu seperti kesaksamaan jantina, penjagaan kesihatan wanita dan isu-isu berkaitan.
Tambah pelakon berusia 71 itu lagi yang menggelar Trump sebagai Presiden ‘Breaking Wind’ kerana perlantikan beliau itu memberi impak besar kepada dunia.
 “Apa akan jadi? Saya percaya para penyokong beliau masih lagi berada di dalam dunia mimpi, justeru, kita semua  tidak boleh membiarkan dia berada dia atas tanpa cabaran, perarakan ini adalah satu permulaan yang baik.
“Ada yang berkata ‘berilah peluang kepada Trump’ tetapi lihatlah apa yang dilakukannya kini? Dia sudah diberikan peluang,” tulisnya lagi.