Monday, January 23, 2017

Seungri (Big Bang) Buat Pelaburan Dalam Bidang Kosmetik




Seungri kini terlibat dalam bidang perniagaan kosmetik.
ANGGOTA kumpulan Big Bang iaitu Seungri mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila dia dilaporkan membuat pelaburan dalam sebuah syarikat kosmetik iaitu Dr. Gloderm.
Allkpop melaporkan Seungri membuat pelaburan itu kerana ingin menceburi bidang kosmetik dan yakin jenama berkenaan dapat menjadikannya seorang usahawan berjaya.

Seungri turut memandang tinggi kepada pengarah urusan Dr. Glodrem iaitu Park Chul Hong yang berjaya membawa jenama itu ke peringkat global.

Produk terbaharu jenama itu juga sudah dilancarkan di Hong Kong pada 20 Januari lalu dan turut disertai oleh selebriti terkenal.

Selain kosmetik, Seungri turut mempunyai perniagaan lain termasuk sebuah kafe yang diberi nama And Here.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: