WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sempat memberikan dana berjumlah AS$221 juta (RM960 juta) kepada kerajaan Palestin sebelum tempoh pemerintahannya tamat.
Menurut laporan The Independent, dana tersebut akan digunakan untuk tujuan bantuan kemanusiaan di Tebing Barat dan Gaza, selain projek kerajaan dan pembaharuan politik di Palestin.
Selain dana tersebut, pemerintahan Obama juga sempat memberi dana untuk program penyelidikan perubahan suhu dunia (AS$4 juta) dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berjumlah AS$1.25 juta.
Laporan juga menyatakan agensi PBB akan menggunakan dana yang diberikan untuk operasi membasmi jenayah ekploitasi seks, perlindungan ozon dan program berorientasikan keamanaan.