SUSULAN sokongan diberikan ikon pop antarabangsa Madonna dengan menyertai Perarakan Wanita selain berucap "ada memikirkan untuk meletupkan Rumah Putih" menyebabkan stesen radio Texas mengharamkan lagu dendangan penyanyi itu, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).
Menurut laporan Billboard, HITS 105 akan mengeluarkan lagu penyanyi itu daripada senarai.
"Mengharamkan semua lagu Madonna bukan atas sebab politik, ia adalah kerana semangat patriotisme. Ia seperti satu tindakan salah kepada kami jika menyiarkan lagu Madonna dan membayar royalti kepadanya apabila penyanyi itu menunjukkan sentimen anti Amerika," kata pengurus stesen radio itu Terry Thomas.
Pada Sabtu lepas bintang pop itu berucap pada perarakan membantah Trump sebagai presiden Amerika Syarikat di Washington.
Susulan menerima kritikan hebat Madonna memohon mereka yang mengkritiknya untuk memahami maksud sebenar apa yang cuba diucapkannya.
"Saya bukan seorang yang ganas. Saya tidak mengalakkan keganasan," tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.