Friday, January 27, 2017

Sandara Park Jawab Isu Berpacaran Dengan G-Dragon




Sandara Park.
SANDARA Park akhirnya membuka mulut bagi menjawab mengenai khabar angin kononnya dia menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi G-Dragon.

Penyanyi itu bercakap mengenai isu berkenaan ketika rakaman episod baharu terbitan JTBC iaituTalking Street.
Semasa rakaman episod berkenaan, MC Haha berkata; "Baru-baru ini terdapat khabar angin bahawa anda berdating dengan G-Dragon. Tahniah."

Sejurus selepas itu Sandara akhirnya menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik khabar angin berkenaan.

"Selepas konsert Big Bang, saya turut menghadiri majlis selepas itu tetapi keadaan di sana begitu sesak, jadi kami keluar daripada majlis itu.

"Saya tidak tahu bagaimana artikel berkenaan (isu berdating) boleh tersebar," katanya seperti yang dilaporkan Soompi.

Sandara kemudiannya menjelaskan; "Saya tidak berdating dengan individu dalam syarikat yang sama."

Pada episod berkenaan Sandara akan muncul bersama Seo Jang Hoon dan penulis Im Kyung Jin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: