Tuesday, January 24, 2017

George Clooney Bakal Timang Cahaya Mata Kembar




George Clooney dan isterinya, Amal Clooney bakal menimang cahaya mata.
ISTERI pelakon Hollywood terkenal George Clooney iaitu Amal Clooney dilaporkan sedang hamil anak pertama mereka.
Lebih mengejutkan wanita berusia 38 tahun itu juga hamil anak kembar seperti dilaporkan Daily Mail.
Sumber terdekat pasangan itu memberitahu George paling teruja dengan berita berkenaan kerana tidak pernah menyangka akan bergelar bapa.

"Dia tidak pernah terfikir untuk memiliki cahaya mata dan berita kehamilan isterinya bagaimanapun telah mengubah dirinya.

"George teruja apabila mendapat tahu Amal hamil dan bertambah terkejut kerana akan mendapat dua orang anak sekaligus," kata sumber itu.

Amal dan George, 55, berkahwin pada 2014.

Dalam pada itu, perut Amal dilihat semakin membesar apabila menghadiri sebuah majlis bersama suaminya di London baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: