SAN FRANSISCO - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah buku yang dipinjam di perpustakaan di sini akhirnya dipulangkan selepas 100 tahun dipinjam lapor The San Fransisco Chronicle.
Buku yang bertajuk 'Forty Minute Late' itu dipulangkan oleh Webb Johnson, cucu kepada Phoebe, wanita yang meminjam buku tersebut pada tahun 1917.
Phoebe dikatakan meminjam buku tersebut di perpustakaan cawangan Filmore yang kini telah ditutup serta beliau juga meninggal dunia seminggu sebelum tarikh pulangan buku itu.
Menurut stesen berita tempatan, buku tersebut dipulangkan kembali semasa program pengampunan perpustakaan di mana orang ramai tidak dikenakan caj sekiranya terdapat tunggakan pemulangan buku.
Bagaimanapun, sebelum ini terdapat kejadian di mana cucu kepada lelaki yang pernah  bersekolah di sekolah gereja Hereford memulangkan kembali buku yang datuknya pinjam dari perpustakaan sekolah itu di antara tahun 1986 hingga 1984.