Pemain Manchester United Zlatan Ibrahimovic menjulang trofi kemenangan selepas pasukannya menang perlawanan Piala Perisai Komuniti menentang Leicester City di Stadium Wembley, London, awal pagi Isnin.
Mourinho mengambil alih posisi Van Gaal di United selepas pengurus kelahiran Belanda itu memberi keputusan hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu malah turut gagal untuk bersaing dalam aksi Liga Juara-Juara musim depan.
Kejayaan pertama Mourinho di United itu hadir selepas menewaskan juara EPL, Leicester City 2-1 di Stadium Wembley awal pagi ini.
Pada aksi tersebut, United berjaya membuka jaringan awal menerusi pemain muda Jesse Lingard pada minit ke-32 permainan.
Bagaimana pun, keputusan menang berpihak kepada United apabila pemain bintang Paris Saint Germain (PSG) Zlatan Ibrahimovic mula menunjukkan taringnya pada aksi kompetitif pertamanya bersama United apabila menjaringkan gol kemenangan tujuh minit sebelum masa perlawanan sebenar berakhir.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: